Friday 14 April 2017

Jom Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum wbt....
Solat sunat dhuha ni aku mula buat masa kerja di HPA. Syarikat HPA wajibkan pekerja solat sunat dhuha dan baca Al-Mathurat. 

Bila dah hari-hari buat, jadi terbiasa. Sampai sekarang aku amalkan dhuha setiap hari.

Kelebihan solat dhuha berdasarkan pengalaman sendiri :-
 
1. Allah selamatkan perjalanan sampai ke destinasi.
    Kadang-kadang aku bawa moto dalam keadaan mengantuk. Alhamdulillah Allah selamatkan               perjalanan sampai ke rumah.
2. Allah panjangkan umur diri, ibu ayah dan adik beradik
3. Allah lindung aib kita
4. Allah beri kesihatan kepada diri dan adik beradik
5. Allah mencukup keperluan hidup kita.
6. Allah lapangkan masa utk beribadah seperti baca al-quran.

Inilah serba sedikit kelebihan solat dhuha berdasarkan pengalaman sendiri. Jom Amalkan Dhuha.

Tuesday 13 November 2012

SEJARAH 10 MUHARRAM Imam al-Ghazali

SEJARAH 10 MUHARRAM Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut: 

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'. 
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s. 
(3) Dicipta Adam a.s. 
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga. 
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang. 
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. 
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud. 
(8) Selamat Musa dan pengikutnya. 
(9) Lemas Firaun. 
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s. 
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit. 
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit. 
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy. 
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar. 
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun. 
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta. 
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta. 
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya. 
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi. 

Wallahu A'lam.
Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yangg bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." Riwayat Albazzar 

Thursday 26 January 2012